Klik untuk lebih video

Kumpulan TASLY

Selamat Datang ke TASLY dan ke arah suatu peluang untuk mencapai kejayaan bersama produk berkualiti Tasly. Tujuan kami adalah untuk mempromosikan kesihatan dan bekerjasama dengan anda untuk menjamin masa depan kewangan anda.

Keyakinan dalam produk kami berasal daripada semua perkongsian yang disumbang oleh pelanggan kami dari seluruh pelosok dunia. Produk kami mencapai hasil keberkesanan memberangsangkan yang diharapkan oleh penggunanya. Ini merupakan salah satu cara sumbangan syarikat kami kepada dunia. Hasil penyelidikan daripada penanaman herba semula jadi kepada pengeluaran, penggunaan teknologi dan mesin moden menjadi kebanggaan kami. Semua usaha ini adalah berdasarkan amalan ubatan Cina Traditional yang telah terbukti sejak dahulu kala.

Pada masa kini, ramai orang masih mencari suplemen semulajadi yang berzat dan efektif untuk menjaga kesihatan secars optimum. Pada masa yang sama, anda turut boleh memenuhi keinginan untuk mencapai dari segi kewangan. Produk TCM moden bersama dengan pelan pemasaran perniagaan kami menawarkan kedua-dua peluang ini kepada anda.

Kepada anda semua yang telah menyertai Tasly, kami ingin mengalu-alukan anda kea rah kesihatan dan kejayaan! Kami berbesar hati menerima kedatangan anda sebagai suatu kebesaran kerana anda telah memilih Tasly sebagai teman untuk mempertingkatkan tahap kesihatan anda dan memenuhi aspirasi dalam kebebasan kewangan.

Tentang Kumpulan Tasly China

Keunikan Kami

Produk Tasly dikenali sebagai produk yang unik dan pada masa yang sama, produk telah diluluskan berdasarkan konsep TCM dalam aspek formulasi. Semua aktiviti utama mengaplikasikan system dan proses pengurusan yang moden dan saintifik dengan memenuhi piawai dan kualiti antarabangsa.

Kumpulan Tasly China

Di Negara China, pihak syarikat menubuhkan dan mentadbir semua aktiviti syarikat dalam pelbagai bahagian dan bidang, dengan melaburkan daa yang banyak di seluruh China yang merangkumi aspek-aspek seperti:

  • Penanaman tanaman herba, pengenalan kepada proses pengeluaran moden dan tersendiri dengan kawalan piawai terhadap bahan mentah serta bekalan untuk memenuhi permintaan dunia.

  • Pusat penyelidikan di China bekerjasama dengan universiti-universiti terkemuka seperti Universiti Keio di Jepun, Universiti Baker di Australia dan juga Universiti Perubatan Lubeck di Jerman dan sebagainya.

  • Pemasaran, pengedaran dan salurn logistic produk-produk Tasly diperkembang dan dimantapkan di pasaran domestik di China.

  • Dengan kemudahan pengaluaran yang dipunyai oleh Tasly, system dan proses pengurusan kami mematuhi segala peraturan dan piawai kualiti yang telah ditetapkan oleh badan-badan berkuasa peringkat antarabangsa.

Sebagai suatu kumpulan yang moden dan maju, Kumpulan Tasly China memfokuskan operasi aktiviti syarikat yang utama di China.

Tasly Antarabangsa

Dengan pandangan jauh dalam pasaran yang berlainan, syarat setempat berbeza di tempat yang berlainan, Tasly Antarabangsa telah ditibuhkan sebagai penyelaras dalam mempromosikan pemasaran berperingkat kami dan pengdaran produk di pasaran antarabangsa melalui syarikat setempat yang didirikan di setiap pelosok negara.

Pada masa ini, selain daripada China, produk Tasly dipasarkan dan diedarkan di 40 buah Negara di seluruh dunia. Di bawah pimpinan Tasly Antarabangsa, kami mempunyai ahli seramai 200 juta orang pada tahun 2008.

Produk Tasly Diluluskan oleh US-FDA-IND

Kumpulan Tasly menggalakkan industri kesihatan umum sebagai misi utama perniagaan. Mengamalkan ubatan Cina tradisional moden, Kumpulan Tasly telah membuat pelaburan dalam siri perniagaan di sektor penanaman, pengeluaran produk penjagaan kesihatan , produk kosmetik, minuman kesihatan dan industry pembungkusan baru. Kumpulan ini bermula dengan tidak mempunyai apa-apa 16 tahun dahulu sehingga menjadi entity antarabangsa besar yang kita kenali hari ini. Kami berpegang kepada falsafah: Menyeleraskan Keharmonian antara Manusia dengan Alam, Meningkatkan Kualiti Hidup, dengan misi dalam modenisasi dan globalisasi ubatan tradisional Cina.

Kumpulan Tasly telah mendirikan beberapa landasan dan kerjasama dengan pusat penyelidikan terkemuka di dunia. Kumpulan Tasly telah diiktiraf dengan Amalan Pengeluaran Baik (GMP) dari Australia. Sebagai jenama ubatan Cina tradisional pertama, produk Tasly telah diluluskan oleh FDA-IND dari Amerika Syarikat dan didaftarkan di banyak Negara di serata dunia. Kapsul Danshen Plus Tasly merupakan jenama terkenal sebutan ramai di China dan telah disanjungi sebagai produk suplemen yang memberikan perlindungan terbaik terhadap penyakit kardiovaskular.

Penyelidikan Dan Pembangunan

Kemudahan penyelidikan dan pembangunan di Tasly terdiri daripada 5 institusi dan pusat penyelidikan merupakan teras landasan utama kami. Tasly bekerjasama dan menarik institute sains terkemuka untuk bertukar pendapat di peringkat antrabangsa. System ini telah melibatkan lebih banyak penyelidikan tentang produk baru, pemasaran produk baru dan penyelidikan strategic dalam perindustrian dan penyusunan maklumat. Kami telah membina landasan bertaraf dunia dalam eksperimentasi, pemeriksaan, analisis, pengekstrakan, penaksiran, rekaan prosedur, farmakologi dan penyelidikan keberkesanan.

Kerjasama Antarabangsa

  • Universiti Keio, Jepun: Kajian atas Kapsul Danshen Plus Tasly dalam mikrosirkulasi dengan pemerhatian ke atas tindabalas segera dan juga tindakbalas dalam jangka masa panjang.

  • Universiti Perubatan Lubeck: Kajian atas Kapsul Danshen Plus Tasly dalam menangani radikal bebas disebabkan oleh tekanan.

  • Universiti Baker Australia: Kajian klinikal dijalankan atas Kapsul Danshen plus Tasly dalam menangani hiperlipemia dan kajian eksperimen atas miokardium iskemia.

Usahasama Domestik

  • University Perubatan Ketenteraan PLA China Keempat: Pemerhatian dilakukan dengan cara ultrasonic yang beresolusi tinggi ke atas Kapsul Danshen Plus Tasly dalam menangani arteriosklerosis.

  • Universiti Perubatan Harbin: Kajian dijalankan atas mekanisme Kapsul Danshen Plus Tasly untuk merawat penyakit jantung koronari.

  • Hospital Sino-Jepun: Kesan Kapsul Danshen Plus Tasly dalam menangani penyakit ginjal atau kerumitan pada mata, akibat kesan mujarab dalam eksperimen menangani diabetes pada tikus.

  • Hospital PLA No. 254 China: Kesan Kapsul Danshen Plus pada system vascular dalam keadaan menentang insulin.

  • Hospital PLA No. 323 China di Xi'an: Kajian klinikal Kapsul Danshen Plus Tasly atas fibrosis hepatik.

  • Kerjasama dengan Bahagian Perubatan di Universiti Beijing: Penubuhan Pusat Penyelidikan Mikrosirkulasi Universiti Beijing-Tasly, melibatkan kajian atas penyakit jantung dan saluran darah otak yang berkaitan dengan mikrosirkulasi.

Pemasaran Tasly Antarabangsa – Pasaran Luar Negara

Tasly tidak mengenal jemu dalam mengejar kebahagiaan dan manfaat bersama ubatan Cina tradisional untuk penduduk di seluruh dunia. Kami bertekad untuk menjelajahi pasaran antarabangsa. Hari ini, produk Tasly telah didaftar di Belanda, Perancis, Rusia, Amerika Syarikat, Australia, Malaysia, Vietnam, UAE, Korea, Jepun, Singapore, Hong Kong, India, Indonesia, Thailand, Brunei dan Afrika Selatan dengan jumlah agensi dan syarikat usaha sama ditubuhkan di Negara masing-masing. Oleh yang demikian, pemasaran produk kesihatan dari Tasly telah berjaya memasuki beberapa pasaran antarabangsa.




www.taslymarketing.com